fbpx

Nelayan warga Myanmar kendali bot tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nelayan warga Myanmar ditahan bersama bot tempatan dekat pulau Jerejak, Geogre Town semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seorang nelayan warga Myanmar yang mengendalikan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika barat Pulau Jerejak dekat sini semalam.

Pengarah APMM negeri, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, bot itu dikesan ketika dalam perjalanan ke sangkar ikan di Pulau Jerejak oleh bot ronda APMM semasa rondaan Op Benteng Laut dan Op Pertiwi kira-kira pukul 1.40 petang.

“Pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran sah itu dikendalikan seorang warga Myanmar berumur 26 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot itu dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban, manakala kru dibawa ke pejabat APMM negeri bagi menjalani saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 (b), Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen iaitu menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen iaitu memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai dan komuniti maritim memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut dengan menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di 04-2626146. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI