fbpx

Milak padam rekod Michael Phelps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kristof Milak

TOKYO – Perenang sensasi berusia 21 tahun dari Hungary, Kristof Milak melakukan kejutan apabila meraih pingat emas dan turut memandam rekod Olimpik dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Penampilan sulung Kristof di temasya terbesar dunia itu sangat luar biasa apabila menamatkan saingan dengan catatan satu minit 51.25 saat (s) sekali gus mengatasi rekod raja kolam renang, Michael Phelps (1:52.03s) sewaktu Olimpik Beijing (2008).

Perenang Jepun, Tomoru Honda yang tiada dalam senarai tumpuan untuk meraih pingat dalam aksi tersebut turut melakukan kejutan selepas meraih pingat perak sementara pingat gangsa menjadi milik perenang Itali, Federico Burdisso.

Juara pingat emas Olimpik London (2012), Chad le Clos dari Afrika Selatan yang menguasai awal perlumbaan terpaksa akur dengan kepantasan Milak apabila mengakhir saingan di tempat keempat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI