JITRA – Sebuah kilang yang didakwa melakukan penipuan dalam proses menimbang beras diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP mendapati timbangan bagi kampit beras lima kilogram (kg) tidak mencukupi.
Penguat kuasa kemudian merampas sebanyak 100 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM1,200.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Daerah Kubang Pasu, K. Muniandy memberitahu, serbuan tersebut dilakukan hasil maklumat orang ramai terhadap kilang berkenaan yang menjalankan aktiviti pembungkusan beras dalam pelbagai kuantiti.
Katanya, pemeriksaan mendapati beras yang dibungkus tidak menepati timbangan tepat.
“Hasil siasatan mengesyaki kilang itu menipu dan setiap kampit beras seberat lima kg yang dibungkus tidak mencukupi berat yang ditetapkan timbangannya.
“Setiap kampit beras lima kg yang ditimbang oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama pegawai daripada Metrology mendapati berat kampit itu seberat 4.96 kg iaitu kurang 40 gram bagi setiap kampit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929