fbpx

Kelantan United kukuhkan kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan United Fc, Muhammad Zafuan Azeman Roslan (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Perak Fc II , Nasrol Amir Kamarul Azhar (kanan) dalam perlawanan Liga Premier 2021 antara Perak FC II dengan Kelantan United Fc di Stadium Perak, Ipoh hari ini. gambar - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kelantan United FC mengukuhkan kedudukanya dalam Liga Perdana apabila membenam Perak FC II di Stadium Perak dengan keputusan 4-0 sebentar tadi.

Anak buah Nazrulerwan Makmor tidak berdepan masalah untuk menjinakkan pasukan tuan rumah yang hanya membariskan tenaga pemain tempatan.

Ini berikutan pemain import yang menjadi sandaran Syamsul Mohd Saad , Sergio Aguero berada bersama Skuad Liga Super yang akan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Begitupun perlawanan yang berlangsung dalam suasana persaingan sihat selama 75 minit tercemar apabila berlaku percakaran antara pemain berikutan tindakan Muhammad Asraff Alifuddin Yasin menumbuk Muammad Adam Nadzmi Zamri.

Tindakan pantas pegawai perlawanan bagaimana pun berjaya mengelak insiden menjadi lebih buruk berikutan berlaku tolak menolak antara pemain.

Berikutan itu pengadil , Mohd. Sarif Tahir melayangkan kad merah kepada Asraff menyaksikan Kelantan United meneruskan baki saingan dengan 10 pemain.

Bagaimana pun keadaan itu tidak menjejaskan persembahan pelawat yang berjaya mempertahankan kedudukan selesa dinikmati mereka.

Pada perlawanan tadi, tiga jaringan dalam tempoh 13 minit cukup untuk menceritakan penguasaan pelawat bermula tindakan Mohd. Azwari Ibrahim meletak Kelantan di hadapan pada minlt ke-8.

Sepuluh minit kemudian Alfusainey Gassama menghukum tuan rumah apabila memanfaatkan peluang dari sepakan sudut pada minit ke 18 .

Pemain import itu sekali lagi menemui sentuhan pemusnahnya tiga minit kemudian.

Mohamad Qayyum Marjoni meledak gol keempat Kelantan untuk melenkapkan kemenangan pelawat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI