KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah Su Ya gagal melangkah ke pusingan kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun dia sudah mempamerkan permainan positif.
Soniia terpaksa akur tewas rubber set kepada pilihan kelima kejohanan, Ratchanok Intanon dari Thailand dengan keputusan 21-19, 18-21, 10-21 dalam aksi terakhir Kumpulan N di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Meskipun tewas, pujian harus diberikan kepada pemain ranking ke-32 dunia kerana berkali-kali bangkit mengejar satu ketika terpaksa menerima sedikit rawatan di luar gelanggang.
Ratchanok yang menduduki tangga keenam dunia, dijadualkan bertemu pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung di pusingan kalah mati dan jika menang akan menentang pilihan kedua kejohanan, Tai Tzu-ying dari Taiwan di suku akhir.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara iaitu jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan mengharungi aksi terakhir Kumpulan M menentang pemain Perancis, Brice Leverdez pada pukul 7.40 malam ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929