fbpx

Jacoby tewaskan King raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACOBY merangkul pingat emas selepas melakar kejutan dalam acara 100m kuak dada wanita biarpun tidak diletakkan sebagai pilihan. – AFP

TOKYO – Kejutan terbesar dilakar perenang remaja Amerika Syarikat (AS), Lydia Jacoby apabila merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara 100 meter kuak dada wanita semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu, Jacoby melakukan catatan masa 1 minit 04.95 saat bagi menewaskan perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker dan rakan sepasukan, Lilly King.

Lebih manis, pe­renang berusia 17 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran King yang dianggap pilihan utama berdasarkan statusnya sebagai pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016.

“Sesuatu yang sangat gila. Memang saya sasarkan untuk menang pingat pada saingan hari ini (semalam) tetapi saya langsung tidak jangka dapat bawa pulang pingat emas.

“Pada awalnya saya tidak sedar sudah memenangi perlumbaan, namun ketika melihat ke arah papan skor, saya sangat terkejut melihat nama saya berada pada kedudukan teratas,” kata Jacoby.

Atlet kelahiran Alaska itu menunjukkan peningkatan yang cukup baik memandangkan dua tahun lalu, dia hanyalah perenang ke-18 terbaik buat skuad renang AS.

“Tahun lalu saya langsung tidak lakukan latihan. Bagaimanapun, latihan sepanjang tahun ini banyak membantu saya untuk tingkatkan kemampuan dari segi fizikal dan mental,” ujarnya.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI