fbpx

IPD Ipoh terima sumbangan kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uvarajan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Yahay di pekarangan IPD Ipoh semalam.

IPOH – Sebanyak empat buah kerusi roda dan air minuman telah disumbangan oleh Persatuan Kebajikan Sosial Sukan dan Kebudayaan Kinta kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini semalam.

Kerusi roda tersebut akan diagihkan kepada balai-balai di bawah pentadbiran IPD Ipoh untuk kegunaan orang kurang upaya dalam membuat urusan di kaunter pertanyaan balai polis.

IPD Ipoh menerusi paparan pada laman Facebook memberitahu, kemudahan kerusi roda itu akan ditempatkan di Balai Polis Pekan Baru, Balai Polis Bercham dan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh.

“Sumbangan air minuman pula diberikan kepada petugas barisan hadapan di setiap lokasi sekatan jalan raya juga di lokasi yang terlibat dengan pos kawalan tempat kejadiaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

“Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Kebajikan Sosial Sukan dan Kebudayaan Kinta, Ipoh di atas sumbangan dan sokongan serta keprihatinan yang diberikan kepada warga pasukan polis,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, sumbangan disampaikan Pengerusi Persatuan Kebajikan Sosial Sukan dan Kebudayaan Kinta, Uvarajan Parliya kepada Ketua Polis IPD Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI