fbpx

Cuaca cerah pada pagi, ribut petir waktu petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melaporkan gema radar menunjukkan keadaan cuaca yang cerah bagi hampir kesemua negeri sekitar semenanjung pagi ini.

MetMalaysia melalui laporan cuaca di YouTubenya berkata, keadaan hujan hanya dilihat di sekitar kawasan perairan dan persisir pantai negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang dijangka akan mereda tengah hari nanti.

“Untuk tinjauan bagi negeri Sabah dan Sarawak juga melihatkan keadaan cuaca yang cerah bagi hampir kesemua bahagian untuk kedua-dua negeri berkenaan yang dijangka akan berterusan sehingga ke petang nanti.

“Bagi tinjauan cuaca sebelah petang pula, dijangkakan keadaan cuaca masih akan cerah bagi kebanyakan negeri sekitar semenanjung, hujan dan ribut petir pada petang ini hanya dijangka akan berlaku di sebelah selatan iaitu di sekitar negeri Johor,” katanya.

Sementara itu, bagi Sabah dan Sarawak pula hujan serta ribut petir hanya dijangka akan berlaku di sekitar bahagian Sandakan dan Tawau bagi negeri Sabah, juga di sekitar bahagian pedalaman di negeri Sarawak.

“Untuk tinjauan cuaca di sebelah malam nanti pula, dijangkakan ribut petir hanya akan berlaku dan lebih tertumpu bagi negeri-negeri sekitar Pantai Timur, Semenanjung seperti di Kelantan, Terengganu dan timur negeri Pahang.

“Untuk tinjauan sebelah malam di negeri Sabah dan Sarawak juga melihatkan cuaca hujan yang masih akan berlaku di bahagian Sandakan dan juga di Tawau di Sabah juga di pedalaman Sarawak pada malam nanti,” jelasnya.

Selain itu katanya, MetMalaysia juga masih lagi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua bagi kawasan-kawasan perairan Phuket dan utara Reef North.

“Manakala amaran kategori pertama pula di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Condore, selatan Reef North, Layang-Layang, Palawan sehingga Jumaat, 30 Julai 2021.

“Keadaan ini adalah bahaya untuk sebarang aktiviti perkapalan, perikanan, bot-bot kecil serta aktiviti sukan dan rekreasi laut yang lain dengan kelajuan angin di sekitar kawasan perairan yang boleh mencecah sehingga 50 kilometer sejam,” tambahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI