SEREMBAN – Seekor tapir jantan yang mengalami patah di bahagian kaki diselamatkan sepasukan anggota bomba dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, tapir seberat 300 kilogram itu dipercayai terjatuh dari tebing dalam sebuah kebun durian di Pantai, dekat sini.
Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan daripada pekebun durian yang memaklumkan kejadian tersebut pada pukul 7.37 dan tiba di lokasi kejadian 17 minit kemudian.
“Setibanya di lokasi kami dapati seekor tapir terbaring selepas kaki kiri di bahagian belakangnya patah dipercayai terjatuh dari tebing tinggi.
“Selepas memantu mengangkat tapir tersebut pihak bomba menyerahkan ia kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Ujarnya, seramai sembilan orang anggota bomba dan empat orang anggota Jabatan Perhilitan terlibat dalam operasi menyelamat haiwan tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929