fbpx

Berjanggut tunggu game Lee Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ciap orang ramai di laman Twitter sebentar tadi.

PETALING JAYA – Ramai warga net ketika ini berang dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka menunggu perlawanan badminton Olimpik Tokyo 2020 yang membabitkan jaguh nombor satu negara Lee Zii Jia.

Difahamkan, perlawanan diantara pemain negara itu bertemu pemain perseorangan dari Perancis Leverdezs Brice dijadualkan pada pukul 7.40 malam namun perlawanan tersebut sehingga kini belum dimainkan.

Kelewatan perlawanan membabitkan Lee Zii Jia itu didakwa berpunca daripada beberapa perlawanan sebelum ini yang berkesudahan sehingga set penentuan (rubber set).

Rata-rata orang ramai sudah tidak sabar menunggu aksi juara All England itu dan mengharapkan kemenangan mudah akan diterjemahkan sepertimana yang dilakukannya dalam perlawanan sebelum ini.

“Berjanggut aku tunggu, kata pukul 7.40 PM, sampai sekarang tak mula-mula lagi. Jenuh tunggu ni,” ciap @Hisham_rahmat.

“Penantian adalah satu penyeksaan, tapi aku sanggup. Dah lama tunggu, dulu Datuk Lee Chong Wei sekarang harapkan Lee Zii Jia pula,” jelas @Aqilah_Radzi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI