fbpx

Anak penyu berkepala dua ditemui di Carolina Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian anak penyu berkepala dua berlaku disebabkan oleh mutasi genetik. – Facebook Taman Negeri Carolina Selatan

PANTAI EDISTO, CAROLINA SELATAN – Beberapa pekerja sebuah pusat penetasan penyu di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat terkejut apabila menjumpai seekor anak penyu berkepala dua yang baru menetas, lapor laman berita United Press International semalam.

Taman Negeri Carolina Selatan dalam satu hantaran di Facebook berkata, anak penyu baru menetas itu dijumpai anggota Peronda Penyu Laut Taman Negeri Pantai Edisto yang sedang melakukan rutin inventori sarang penyu.

“Selepas tiga ke lima hari sarang penyu menunjukkan petanda-petanda berlakunya banyak penetasan telur, kami pergi memeriksa untuk mengira bilangan telur yang menetas dan tidak menetas.

“Ketika rutin tersebut, pasukan peronda turut menjumpai tiga ekor anak penyu yang masih berada di dalam sarangnya, namun apa yang mengejutkan adalah satu daripadanya mempunyai dua kepala,” kata Taman Negeri Carolina Selatan dalam hantaran di Facebook.

Tambah pusat penetasan tersebut, keadaan seumpama itu berlaku disebabkan oleh mutasi genetik.

“Beberapa ekor anak penyu berkepala dua pernah ditemui di Carolina Selatan dalam tempoh beberapa tahun ini, namun ini merupakan kali pertama kejadian itu berlaku di Pantai Edisto,” ujarnya.

Ketiga-tiga anak penyu itu kemudiannya dilepaskan ke laut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI