fbpx

18 petugas Kagat sertai Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
tatacara pengurusan jenazah Covid-19 kepada anggota Kagat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto FB Jawi.

PUTRAJAYA – Seramai 18 petugas Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) menyertai Pasukan Pengurusan Jenazah Khas Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ia bertujuan bagi melancarkan urusan pengebumian jenazah Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

Jawi menerusi hantaran di Facebook berkata, penyertaan Kagat itu amat bermakna memandangkan tugas pengurusan jenazah Covid-19 khususnya di Wilayah Persekutuan semakin mencabar.

Penyertaan itu menjadikan jumlah petugas keseluruhan adalah seramai 113 orang iaitu 83 petugas lelaki dan 30 petugas wanita.

“Pemerkasaan terhadap pasukan itu dibuat agar pengurusan jenazah Covid-19 khususnya di Wilayah Persekutuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisen.

“Pada masa sama, seramai 37 orang sukarelawan penggali kubur turut terlibat menyumbang khidmat dalam urusan pengebumian jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah seliaan Jawi,” katanya.

Setakat pukul 8 pagi tadi, pasukan itu sudah menyempurnakan 2,175 jenazah Covid-19 membabitkan 1,177 jenazah lelaki dan 928 jenazah wanita.

Jawi berkata, jenazah berusia 61 hingga 88 tahun paling ramai diuruskan iaitu 862 jenazah diikuti 41 hingga 60 tahun (834 jenazah).

“Selain itu, bagi usia 21 hingga 40 tahun adalah seramai 250 jenazah, 81 hingga 100 tahun (141 jenazah) dan bawah usia 20 tahun (17 jenazah).

“Lokasi paling ramai meninggal dunia adalah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 922 jenazah, diikuti Hospital Ampang (407 jenazah), Pusat Perubatan Universiti Malaya (260 jenazah) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (250 jenazah),” katanya.

Katanya, kesemua jenazah yang meninggal akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan diterima daripada 16 buah hospital awam dan swasta sekitar di Lembah Klang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI