YANGON – Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa Junta di Myanmar sedang mendapatkan bantuan daripada jawatankuasa antarabangsa bagi menangani krisis Covid-19 di negara itu.
Rayuan pertolongan itu dibuat selepas negara itu melihat sekutunya. China kini bergelut dalam memerangi gelombang baharu virus itu.
Negara yang diambil alih oleh pemerintahan tentera pada Februari lalu menjadikan hospital awam serba kekurangan dan petugas kesihatan meninggalkan stesen tugas sebagai protes rampasan kuasa.
Perintah berkurung yang mempengaruhi berjuta-juta penduduk negara itu gagal mengekang lonjakan kes Covid-19 dengan tanah perkuburan atau krematorium sudah mencapai kapasiti penuh.
Pemimpin Junta, Ming Aung Hlaing memberitahu mesyuarat koordinasi untuk bekerjasama dengan jawatankuasa antarabangsa kerana Myanmar perlu mendapatkan bantuan kewangan daripada dana tindak balas Covid-19 yang ditubuhkan oleh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Myanmar hari ini melaporkan jumlah kes Covid-19 di negara itu hampir 5,000 namun penganalisa berkata angka sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.
Menurut Majlis Pentadbiran Negeri, sekitar 1.75 juta penduduknya sudah menerima suntikan vaksin daripada populasi keseluruhan yang berjumlah 54 juta. -AFP