fbpx

Vidya Balan rasa bodoh, hanya sesuai pakai sari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDYA BALAN

AKTRES Vidya Balan mendedahkan bahawa dia tidak sesuai untuk bergaya seperti kebanyakan wanita lain dengan fesyen kontemporari kerana lebih selesa menyarung pakaian tradisional India iaitu sari.

Ketika ditemu bual penyampai radio, Siddharth Kannan, Vidya berkata, dia tiada pilihan selain daripada menggayakan sari kerana lebih sesuai dan selesa dengan dirinya.

“Saya cuba untuk menjadi seperti wanita lain, tetapi tidak menjadi. Saya akhirnya memutuskan untuk menjadi diri sendiri.

“Saya bukan tidak pernah cuba untuk kelihatan moden, tetapi hasilnya saya kelihatan seperti orang bodoh,” katanya.

Kata Vidya, dia sangat gemar memakai sari, namun berharap suatu hari nanti dia selesa untuk memakai pakaian yang lebih moden seperti kebanyakan aktres Bollywood.

“Apa-apa pun saya hargai diri saya sendiri kerana tidak terikut-ikut dengan gaya orang lain,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI