fbpx

Urusan perpindahan Varane hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE semakin hampir menyertai United selepas kelab itu bersetuju dengan nilai yang diinginkan oleh Real. – AFP

MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United hampir pasti menandatangani tonggak pertahanan Real Madrid, Raphael Varane selepas bersetuju dengan nilai perpindahan sebanyak £38.5 juta (RM223.7 juta) semalam.

Difahamkan, pemain berusia 28 tahun itu akan melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford selewat-lewatnya penghujung minggu ini selepas Real bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh The Red Devils.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer akan memberikan tawaran kontrak jangka panjang yang akan berakhir pada 2026 selain memastikan Varane menjadi tonggak utama pasukan bermula musim depan.

Pemain pertahanan antarabangsa Perancis itu dijangka membentuk gandingan ampuh dengan kapten pasukan, Harry Maguire dalam usaha membantu pasukan menamatkan kemarau trofi EPL yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

Selain itu, United turut me­rancang untuk menandatangani seorang lagi pemain pertahanan Perancis yang baru berusia 23 tahun, Jules Kounde yang ketika ini mewakili pasukan La Liga, Sevilla.

Namun, United dijangka mendapat tentangan sengit kerana beberapa pasukan pesaing EPL seperti Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester City yang turut berminat untuk menandatangani Kounde pada jendela perpindahan kali ini.

Cuma, situasi yang menghalang kesemua pasukan itu adalah harga pasaran terlalu tinggi telah diletakkan oleh pihak pengurusan Sevilla yang mahu wang tunai perpindahan seba­nyak £59 juta (RM342 juta) diberikan bagi mendapatkan khidmat Kounde. – AGENSi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI