fbpx

Syaqiera beri tentangan sengit sebelum tunduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAQIERA tewas kepada pemanah berpengalaman Rusia, Osipova, namun dia tidak memberikan laluan mudah. - AFP

KUALA LUMPUR – Hasrat pemanah negara, Syaqiera Mashayikh untuk meneruskan cabaran dalam acara recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian selepas tewas kepada Elena Osipova dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC).

Pujian harus diberikan kepada Syaqiera kerana memberikan tentangan sengit kepada Osipova yang merupakan pemenang pingat perak Piala Dunia Memanah Paris 2021 itu.

Syaqiera pada satu ketikanya dilihat hampir-hampir untuk memenangi perlawanan sebelum akhirnya terpaksa akur tewas 4-6 dengan keputusan 26-25, 26-28, 26-26, 25-25 dan 23-29 kepada Osipova di Yumenoshima Park sebentar tadi.

Seorang lagi wakil daripada skuad memanah negara, Khairul Anuar Mohamad akan turun berentap dengan pemanah Finland, Antti Vikstrom di pusingan ke-64.

Kemenangan akan membolehkan Khairul Anuar mara ke pusingan 32 dan menanti lawan sama ada Wang Dapeng dari China atau pemanah Kazakhstan, Sanzhar Mussayev. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI