fbpx

Rentas negeri cetus tiga kluster di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiga kluster komuniti melibatkan aktiviti rentas negeri dikesan di tiga negeri Pantai Timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Kluster tersebut ialah Kluster Kampung Anak Ikan di Besut, Terengganu (29 kes); Kluster Kampung Hutan Puteh di Machang, Kelantan (13 kes) dan Kluster Paya Keladan di Temerloh, Pahang (26 kes).

Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, kes indeks Kluster Kampung Anak Ikan mempunyai sejarah merentas negeri dari Terengganu ke Pahang pada 11 hingga 15 Julai lepas.

“Kes indeks ini merupakan lelaki berumur 31 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Julai selepas bergejala pada 17 Julai lalu,” katanya di sini hari.

Menurut rumusan itu, Kluster Kampung Hutan Puteh pula melibatkan kes indeks yang mempunyai sejarah merentas negeri dari Kelantan ke Selangor pada 12 hingga 17 Julai lepas.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki, berumur 38 tahun yang dilaporkan positif pada pada 21 Julai hasil saringan kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, Kluster Paya Keladan pula melibatkan kes indeks yang mempunyai sejarah merentas negeri dari Pahang ke Kelantan pada 12 hingga 14 Julai lepas.

“Kes indeks ini berumur 26 tahun yang dilaporkan positif pada 19 Julai selepas bergejala pada 14 Julai,” katanya.

Katanya, nama kluster terlibat merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku berlaku iaitu di Kampung Anak Ikan, Besut dan Kampung Hutan Puteh, Machang.

Ketiga-tiga kluster tersebut merupakan antara 42 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 12 kluster komuniti. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI