fbpx

Putrajaya rekod kes positif tertinggi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 122 kes positif Covid-19 yang dikesan di Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini adalah kes harian tertinggi pernah direkodkan.

Pusat Penyelarasan dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP)  berkata, 13 kes dikesan daripada dua kluster iaitu dua kes pekerja di sebuah pusat beli-belah dan 11 kes adalah daripada kluster baru yang dikesan di sebuah taska di Presint 6 di sini.

“Selain itu, 80 kes lain pula adalah jangkitan kontak rapat. Daripada jumlah ini, 47 kes adalah kontak rapat melibatkan 17 keluarga manakala 33 lagi adalah kontak rapat tempat kerja.

“Sebanyak 29 kes pula adalah kes sporadik yang dikesan menerusi saringan bergejala dan survelan di fasiliti kesihatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Presint 9 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 27 kes diikuti oleh Presint 11 (18 kes dan Presint 6 (15 kes) dengan majoriti kes di Presint 16 adalah daripada PPAM Larai berikutan pengesanan kluster baru di Taska Kids Castle.

“Sebanyak 118 kes dikesan di Putrajaya adalah kategori 1 dan 2 iaitu samada tidak bergejala atau bergejala ringan manakala empat kes  mengalami radang paru-paru iaitu kategori 4 dan baki 64 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI