fbpx

Pintas Utama agih daging korban kepada 1,500 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marhalim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan daging korban kepada wakil penduduk Pangsapuri Nervillia, Kota Kemuning, Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 1,500 bungkusan daging korban diagihkan kepada pekerja dan penerima bantuan Yayasan Pintas Utama (YPU) di sekitar kawasan Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor di bawah program Korban Perdana Pintas Utama baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim Mohamed berkata, Program Korban Perdana itu dilaksanakan di pusat penyembelihan berdaftar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19.

“Amalan berkongsi rezeki seperti ini merupakan usaha untuk mendapatkan keberkatan Allah S.W.T, memahami kebaikan amalan bersedekah serta menghayati hikmah menyambut Hari Raya Aidiladha meskipun berada dalam situasi pandemik”, katanya.

Menurutnya, bantuan yang dilaksanakan itu sebagai salah satu usaha menggalakkan semangat bersedekah, sekali gus menjadikan amalan tersebut budaya hidup.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini sudah lama dilaksanakan di bawah YPU dan tidak akan terhenti setakat itu sahaja kerana Pintas Utama komited untuk terus menghulurkan bantuan bagi memastikan tiada insan kurang berkemampuan tercicir.

“Kerja-kerja amal seperti ini membuktikan komitmen Pintas Utama sebagai sebuah syarikat yang memegang teguh kepada syiar Islam, memperlihatkan tiada jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat dan menyedari hikmah pada masa akan datang”,  ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI