fbpx

Lapan tahun menanti untuk beraksi pada Olimpik – Soniia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONIIA sudah menanti lapan tahun untuk beraksi pada Olimpik dan akan memberikan segala-galanya pada saingan Kumpulan A hari ini.

PENANTIAN pemain badminton perseorangan wanita negara, Soniia Cheah bakal berakhir apabila turun menentang pemain Hungary, Laura Sarosi dalam Kumpulan A Sukan Olimpik Tok­yo 2020 di Musashino Forest Sports Plaza hari ini.

Kata Soniia, sejak lapan tahun lalu, dia berdepan laluan cukup berliku untuk menjejakkan kaki buat kali pertama ke Sukan ­Olimpik.

Hasratnya untuk beraksi ke Olimpik hampir berkubur apabila dia mengalami kecederaan tendon Achilles yang serius pada 2013 sehingga memaksanya berehat panjang.

Jelas Soniia, 28, dia juga pernah bergantung kepada penggunaan kerusi roda selama enam bulan bagi memudahkannya bergerak sehingga menyebabkan dia terfikir untuk menggantung raket.

“Adakah saya buat persiapan selama lima tahun untuk ­Olimpik? Tidak, saya sudah berlatih dan menunggu selama lapan tahun untuk realisasikan impian beraksi di Olimpik.

“Bagi saya, keputusan yang dibuat sangat sukar kerana tidak tahu sama ada ia boleh berjaya ataupun tidak. Bagaimanapun, saya berikan segala-galanya demi cita-cita ini.

“Saya sangat bertuah kerana memiliki keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan walaupun ada berpendapat ia tidak berbaloi. Bagi saya, badminton adalah hidup saya,” jelasnya.

Meskipun tidak diletakkan harapan tinggi pada Olimpik kali ini, namun Soniia tetap berpe­luang untuk melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya menewaskan Sarosi serta bekas juara dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon dalam saingan peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI