MARAN – Sektor koperasi yang berdepan masalah akibat pandemik Covid-19 perlu merebut peluang pembiayaan diumumkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Ahad lalu.
Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fatah Abdullah berkata, berdasarkan kajian MEDAC, kira-kira 30 operator koperasi di seluruh negara terjejas berikutan sekatan pergerakan diperkenalkan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 sejak tahun lalu.
“Pengumuman Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr.Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini diharap dapat memberi kelegaan sedikit kepada koperasi yang terjejas ini.
“Melalui peruntukan berjumlah RM230 juta dan pengenalan produk baharu dalam Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM), mereka perlu merebut peluang dan mengemukakan permohonan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan set peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka dari CoopCare ANGKASA kepada petugas Hospital Jengka, di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929