fbpx

Khairulnizam terus intai peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EFENDY mahu skuad pelayaran negara berlatih di Eropah bermula September hingga November sebelum ke Australia dan kemudiannya kembali ke Eropah semula Mac depan.

PELAYAR negara,  Khairulnizam Mohd. Affendy berjaya meningkatkan prestasinya dalam tiga perlumbaan laser lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi untuk berada pada tempat ke-26 keseluruhan.

Pelayar berusia 28 tahun itu menduduki tempat ke-24 dalam pusingan keempat sebelum berada pada kedudukan ke-18 selepas menamatkan perlumbaan kelima di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima.

Peningkatan prestasi Khairulnizam berterusan untuk perlumbaan keenam apabila dia berjaya mengakhiri saingan pada tempat ke-13 dengan mengambil masa selama 44 minit 43 saat.

Secara keseluruhan, peluang Khairulnizam masih terbuka untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelayar terbaik untuk ke final acara laser menjelang baki empat perlumbaan selepas ini.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga Khairulnizam bertanding di pentas Olimpik selepas edisi London 2012 dan Rio 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI