fbpx

Kes guna helikopter beli ‘nasi ganja’ dirujuk pada DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang mendakwa beberapa individu menggunakan helikopter untuk membawa 'nasi ganja' dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak.

IPOH – Kertas siasatan berhubung kes sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan nasi ganja akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan melibatkan keterangan beberapa individu termasuk pengadu, pemilik premis makanan dan pemilik syarikat helikopter.

Malah katanya, Ketua Polis Balai yang memberi kebenaran rentas negeri juga telah dirakam percakapannya.

“Hasil siasatan mendapati, helikopter itu mempunyai kebenaran rentas negeri namun kebenaran itu diberikan bagi melakukan penyelenggaraan helikopter, bukannya bertujuan untuk membawa tempahan nasi ganja.

“Siasatan kes ini masih lagi diteruskan dan hasil siasatan akan dirujuk kepada DPP untuk arahan selanjutnya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI