fbpx

Ibu maut bersama bayi enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Ladanf CEP Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang ibu dan bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Ladang CEP Simpang Renggam, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa, Norashidah Zakaria, 35, dan anaknya, Azrah Hanan Muhammad Shahril meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muhammad Shahril Amran, 37, Manja Jaafar, 55, dan Mohd. Zul Shahri, 56.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota
telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro.

“Kereta Proton Wira tersebut dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang manakala Kereta Nissan Cefiro dari arah bertentangan.

“Terdapat dua mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan terdapat tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINEJika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI