fbpx

Harga baharu minyak masak botol berkuat kuasa 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit maksimum bagi barangan harga terkawal minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol 5 kilogram (kg) ditetapkan pada harga RM29.70 sebotol berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, harga minyak masak sawit dalam kemasan botol 3kg pula ditetapkan pada harga RM18.70, 2kg (RM12.70) dan 1kg (RM6.70)

“Dengan pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen ini, pengguna-pengguna adalah dijamin untuk mendapatkan minyak masak tersebut dibawah harga RM30 untuk 5kg dan juga pada lain-lain kuantiti tanpa mengira kepada kedudukan harga sawit semasa,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI