fbpx

Hamil 7 bulan, Siti Sarah sekeluarga pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SARAH bersama suami dan anak-anak kini menjalani kuarantin di rumah.

PETALING JAYA –Kegusaran penyanyi Siti Sarah menunggu keputusan ujian calitan Covid-19 yang dibuat semalam bersama suami dan anak-anak akhirnya terjawab apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Sarah menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua. Kami sudah pun dapat keputusan ujian calitan Covid-19 pagi ini. Dukacita dimaklumkan kami sekeluarga positif Covid-19.

“Ini semua ketentuan Allah SWT. Kami menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada,” tulisnya dalam Instagram.

Sehubungan itu, pemenang tempat kedua program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu memohon kepada peminatnya supaya mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga mengharungi detik duka dijangkiti wabak maut tersebut.

“Mohon kepada semua doakan kamu sekeluarga. Kami serahkan semuanya kepada Allah SWT. Amin, insya-Allah.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya. Terima kasih,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, menerusi Instagramnya memberitahu, dia percaya bahawa ada hikmah atas apa yang terjadi kepada dirinya dan keluarga.

“Walaupun ujian ini berat buat kami sekeluarga, pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Doakan kami sekeluarga kembali sihat terutama isteri yang kini sedang hamil tujuh bulan,” katanya.

Semalam, Sarah sekeluarga telah melakukan ujian calitan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

Ujar Sarah, jantungnya bagaikan hendak gugur apabila meneria berita tersebut kerana bimbang mengenangkan keselamatan anak-anak serta bayi dalam kandungannya jika dia dan keluarganya turut dijangkiti virus maut tersebut.

Sarah yang dijangka melahirkan cahaya mata keempatnya sekitar bulan Oktober nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI