fbpx

Gadis 13 tahun Jepun menang pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISHIYA meraih pingat emas kedua acara papan selaju untuk Jepun selepas Horigome melakukannya kelmarin. – AFP

TOKYO – Pemain papan selaju Jepun berusia 13 tahun, Momiji Nishiya dinobatkan sebagai juara edisi pertama kategori street wanita pada Sukan Olimpik Tok­yo 2020 di Ariake Urban Sports Park semalam.

Nishiya kini boleh berbangga dengan statusnya sebagai antara pemenang pingat emas termuda dalam sejarah penganjuran Olim­pik selepas terdahulu muncul sebagai salah seorang atlet termuda di pentas berprestij dunia itu.

Kejayaan itu menyaksikan Jepun sudah berjaya menyapu dua daripada empat pingat emas yang ditawarkan selepas Yuto Horigome memenanginya dalam kategori street lelaki kelmarin.

Gadis cilik dari Osaka itu memenangi pingat emas selepas mengutip 15.26 mata daripada lima pusingan untuk menewaskan seorang lagi pemain papan selaju berusia 13 tahun, Rayssa Leal dari Brazil di tempat kedua.

Menariknya, seorang lagi atlet bawah usia 17 tahun iaitu Funa Nakayama dari Jepun yang berumur 16 tahun berjaya meraih pi­ngat gangsa acara tersebut.

Kejayaan ketiga-tiga atlet muda itu ternyata mengejutkan peminat-peminat sukan ber­kenaan kerana berjaya menewaskan lawan lebih berpengalaman dan berpengaruh seperti jaguh X-Games serta juara dunia dari Brazil, Leticia Bufoni.

“Saya sudah berkecimpung dalam dunia papan selaju sudah hampir 20 tahun. Hari ini saya sangat berbangga kerana dapat mewakili kaum wanita dan Brazil beraksi dalam temasya berprestij seperti ini.

“Saya amat berbangga dengan ketiga-tiga pemenang hari ini. Saya juga rasa bertuah kerana sukan ini akhirnya mendapat pengiktirafan tertinggi sehingga ke tahap Olimpik,” kata Bufonia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI