PETALING JAYA- Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program Misi Kemanusiaan Lubnan #FBKPRIHATIN bagi membantu rakyat negara itu.
Misi dijalankan selama 13 hari bermula 24 Julai lalu akan tamat pada 5 Ogos depan.
Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mazura @Mastura Muhammad berkata, misi dijalankan itu bertujuan membantu meringankan beban masyarakat Lubnan.
“Dengan misi ini, kita juga dapat memupuk semangat kasih sayang sesama manusia dan dapat memupuk sikap menderma dalam masyarakat.
“Warga UPSI dan masyarakat setempat boleh menyumbangkan pelbagai bentuk sumbangan yang ingin mereka salurkan melalui FBK,” katanya dalam satu kenyataan tadi.
Katanya, antara sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti alat tulis, baju sejuk, walkers (dewasa), kerusi roda, lampin anak-kanak, tuala wanita dan permainan kanak-kanak.
“Penderma boleh menghantar barangan yang ingin mereka sumbangkan di pusat pengumpulan Tanjong Malim beralamat di No. 25, Jalan Wangsa Jaya 4, Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
“Waktu pembukaan pusat pengumpulan Tanjong Malim itu bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam,” jelasnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929