fbpx

Elyana mohon doa, bakal jalani radioterapi pada pinggul dan hati hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana memohon doa orang ramai agar urusan rawatan radiologinya dipermudahkan.

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana memohon doa orang ramai agar urusannya menjalani rawatan radioterapi bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dihidapinya bermula hari ini dipermudahkan.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Elyana turut memaklumkan dia sudah empat hari tidak cukup tidur kerana mengalami sakit badan yang keterlaluan.

“Esok (hari ini) dah mula radioterapi bahagian liver (hati) dan pinggul. Malam ini tidur hospital sendiri. Tiba-tiba sayu je rasa,” tulisnya.

“Kebetulan dah empat hari saya tak cukup tidur sebab sebelah badan sakit. Ta tahu kenapa, tapi saya jangka itu angin yang dah tangkap saraf.

“Doakan radioterapi saya kali ni berjalan lancar dan semoga saya kuat mengharunginya,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Elyana turut mendoakan urusan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal itu dipermudahkan.

Terdahulu, Elyana, 33, baru selesai menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari bermula 16 Jun lalu bagi penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.

Sebelum itu, pada Disember tahun lalu, pelakon drama Dunia Baru itu memaklumkan kanser yang dihidapinya memasuki tahap lima dan telah menyerang serta merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Pelantun lagu Kalis Rindu itu membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI