KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, dua pegawai atasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenakan tindakan tatatertib berhubung pengeluaran surat kontrak penyelenggaraan di universiti itu kepada syarikat milik Datuk Peter Anthony, tanpa kebenaran.
Surat bagi kontrak penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) itu dikeluarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan walhal Naib Canselor UMS ketika itu, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah tidak tahu mengenainya.
Ekoran pengeluaran surat itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang terpaksa meletak jawatan manakala Pendaftar UMS, Lt. Kol (K) Datuk Abdullah Mohd. Said dipindahkan ke anak syarikat milik UMS, Ulink Property Sdn. Bhd.
Semalam, mahkamah diberitahu kontrak berkenaan tidak diberikan kepada Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd (Asli Jati) milik Peter sebaliknya diberi kepada REMT Utama Sdn. Bhd. (REMT) melalui tender terbuka.
Bagaimanapun, satu surat lain bertarikh 9 Jun 2014 kemudian dikeluarkan oleh UMS tanpa kebenaran Naib Canselor yang mana tempoh penyelenggaraan telah dilanjutkan sehingga lima tahun.
Peter yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kini dibicarakan terhadap pertuduhan memalsukan dokumen dan tuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929