fbpx

Dewan Rakyat: Proses pembatalan Ordinan Darurat perlu dijelaskan – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan untuk memperjelaskan secara terperinci proses pembatalan Ordinan Darurat yang diputuskan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Najib, beliau mahu kerajaan memberikan penjelasan kepada rakyat sama ada pembatalan Ordinan Darurat itu telah mengikut ‘Due Process of Law’ atau sebaliknya.

“Kerajaan telah bersetuju untuk membatalkan enam Ordinan Darurat, maka saya ada tiga persoalan utama yang perlu dijawab segera.

“Persoalan pertama, sama ada Due Process of Law telah diamalkan dalam erti kata lain apa jua pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan digazetkan, ini tidak dijelaskan,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Katanya, proses pembatalan Ordinan Darurat sekiranya mengikut Due Process of Law akan dimulakan dengan Kabinet menasihati Agong sebelum diperkenan dan digazetkan.

“Proses tersebut barulah lengkap mengikut proses undang-undang.

“Pada zaman saya, undang-undang darurat kita buat ikut proses, perlu dibentangkan di kedua-dua dewan,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI