fbpx

Beruang paling sedih di dunia ‘dipenjara’ 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelson dikurung di dalam sangkar kecil dengan diberikan makanan dan minuman dalam kadar sedikit. - Lis Key (IAR Team)

YEREVAN, ARMENIA – Sekumpulan aktivis haiwan berusaha untuk membebaskan seekor beruang buta digelar ‘beruang paling sedih di dunia’ yang menghabiskan usianya terkurung di dalam sebuah sangkar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Penyelamat Haiwan Antarabangsa (IAR), beruang coklat bernama Nelson itu dikurung di dalam sangkar sejak kecil dengan ia diberikan cuma sedikit makanan serta minuman.

Pemiliknya dikatakan mengabaikan keperluan harian Nelson.

Keadaan tersebut menjadikan haiwan liar itu menderita, malah gigi Nelson patah ketika menggigit besi sangkar selain mengalami radang sendi dan buta kira-kira dua tahun lepas.

Ketua Eksekutif IAR, Alan Knight berkata, beruang tersebut telah dikurung di dalam sangkar selama 30 tahun.

“Ia mengalami penderitaan mental dan fizikal akibat diseksa dengan cara dikurung di dalam sangkar  kecil tanpa ada apa-apa untuk menghiburkannya.

“Ia hanya berjalan mundar-mandir di dalam sangkar tersebut selama ini, giginya patah kerana menggigit besi sangkar dan kira-kira dua tahun lepas, ia menjadi buta. Ia turut mengalami sakit-sakit sendi dan kini hidup dalam kegelapan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, IAR menggesa kerajaan Armenia untuk memaksa pemilik Nelson, Armen Tadevosyan membebaskan haiwan tersebut.

“Tindakan mengurung Nelson tidak sepatutnya berakhir dengan kematian. Masih ada masa untuk beruang tersebut mengenali erti kebaikan dan belas kasihan,” kata Knight. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI