JOHOR BAHRU – Bekas ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM10,000, Oktober tahun lalu.
Tertuduh, Nazri Izuddin Madon, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM10,000 daripada seorang individu.
Perbuatan itu sebagai dorongan bagi tertuduh untuk melantik syarikat tertentu melaksanakan kerja projek bantuan rumah negeri Johor dan projek kerja kecil dalam daerah Segamat bagi tahun lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga negara selain pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di Pejabat SPRM Negeri Johor setiap bulan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929