PUTRAJAYA – Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan seramai 465 diberkas dengan 438 daripadanya dikompaun manakala 27 lagi direman.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 60 premis meliputi masing-masing 12 kilang, 40 premis perniagaan dan lapan tapak pembinaan juga diarahkan tutup oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan kerana didapati masih lagi ingkar SOP.
“Pasukan tersebut semalam melakukan pemeriksaan ke atas 1,736 kilang, 15,572 premis perniagaan, 990 tapak pembinaan dan 344 asrama penempatan pekerja,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, seramai 14 pendatang tanpa izin turut ditahan dan empat kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929