fbpx

TNB Genco sumbang RM30,000 bantu mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah salah seorang mangsa kebakaran

TPETALING JAYA- Nasib tiga keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Taman Seri 12, Kampung Batu 12 Kapar, Klang terbela selepas menerima sumbangan bernilai RM30,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikatnya, Power Generation Sdn. Bhd, (TNB Genco).

TNB Genco menyumbang wakalah zakat sebanyak RM10,000 setiap seorang kepada mangsa iaitu
Yusni Mohd Sharif, 55; Siti Atikah Ibrahim, 33 dan Abdul Muiz Ahmad Safari, 28,.

Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti berkata, sumbangan tersebut adalah
tanda prihatin syarikat terhadap masyarakat sekitar terutamanya mereka yang diuji dengan
cabaran.

Nor Azman

“TNB sentiasa peka terhadap masyarakat di sekitar kawasan kejiranan di mana ia beroperasi.

“Nasib mereka yang menjadi mangsa kebakaran ini perlu dibantu lebih-lebih lagi dalam suasana yang begitu mencabar kini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI