fbpx

Yang kritik mungkin tak suka saya – Amyra Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Nona bersilih ganti pengacara. Terbaharu. Amyra Rosli menyahut cabaran menggantikan Mira Filzah yang sudah tiga mengendalikan program berkenaan.

PETALING JAYA – Pelakon Amyra Rosli berbesar hati dan gembira apabila diberi peluang untuk mengendalikan program popular, Nona di TV3 menggantikan posisi pengacara terdahulu, Mira Filzah.

Ujar Amyra, dia mengakui sejak dahulu lagi, dia pernah memasang impian untuk menjadi pengacara suatu hari nant, namun hasrat tersebut terpaksa dipendam kerana menganggap dirinya tidak cukup ilmu.

“Bila saya ditawarkan untuk menjadi pengacara Nona, memang saya terkejut. Sejak dahulu memang saya memasang impian untuk menjadi pengacara, namun saya fikir ilmu belum cukup lagi ketika itu.

“Jadi bila diberi peluang oleh TV3 untuk mengendalikan Nona, saya tidak berfikir panjang dan bersedia untuk menyahut cabaran ini,” katanya.

Amyra yang ditemui ketika sidang media secara virtual hos baharu Nona hari ini berkata, dia sebenarnya gementar untuk mengendalikan program berkonsepkan kewanitaan itu memandangkan jenama Nona itu sendiri sudah cukup besar dan dikenali.

“Rasa takut sebenarnya. Tapi tidak mengapa, saya anggap peluang ini sebagai satu bentuk cabaran untuk diri sendiri.

“Pengacaraan merupakan bidang baru bagi saya. Selain itu saya juga ingin keluar daripada zon selesa sebagai pelakon dengan menimba ilmu baharu,” katanya.

Disoal tentang kritikan yang bakal dilemparkan netizen kepadanya nanti, Amyra optimis serta terbuka dengan perkara tersebut dan menganggap kritikan merupakan satu proses pembelajaran untuk dia memperbaiki gaya pengacaraannya.

“Tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Kalau saya dikritik, mungkin itu datang daripada mereka yang tidak sukakan saya (hater). Saya tidak kisah sebenarnya,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Sang Pewaris itu berkata, dia akan membawakan program tersebut dengan gaya tersendiri supaya tidak kelihatan sama dengan pelopor terdahulu yang pernah menghiasi wajah Nona.

Bagaimanapun, Amyra akan kekalkan karakter pengacaraan dengan ciri anggun, namun menyerlahkan gaya penyampaian lebih santai dan ‘cheeky’ supaya lebih dekat dengan penonton di rumah.

Amyra yang menjadikan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin akan mula bersiaran dalam rancangan Nona bermula 8 Ogos nanti.

Untuk rekod, sebelum ini program tersebut telah dikendalikan pelakon, Mirah Filzah selama tiga tahun sejak 2018.

Selain Mira dan Normala Samsudin, antara nama lain yang pernah menjadi pengacara bagi program Nona yang mula bersiaran sejak tahun 1991 ialah Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Farah Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI