fbpx

Tiada mogok doktor kontrak di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lobi utama HRPZ II, Kota Bharu beroperasi seperti biasa tanpa sebarang aktiviti mogok hari ini. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU -Tiada gerakan protes atau mogok melibatkan lantikan doktor kontrak di Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! di HRPZ II mendapati, tiada doktor berkumpul di hadapan bangunan hospital dan mereka dipercayai sedang bertugas di bahagian masing-masing.

Bagaimanapun, anggota polis tetap menjalankan pemantauan di kawasan hospital itu sebelum pukul 11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, secara keseluruhan, seramai 472 doktor kontrak yang bertugas di semua hospital di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu satu pertiga berada di hospital di setiap daerah manakala satu pertiga lagi bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, berdasarkan keadaan semasa, doktor kontrak hospital dan PKD di Kelantan tidak bercadang untuk membuat sebarang aktiviti mogok pada hari ini.

“Tiada juga khabar angin yang mengatakan mereka (doktor kontrak) akan tinggalkan pesakit pada hari ini semata-mata untuk melakukan mogok.

“Identiti mereka sebagai lantikan doktor telah ada. Jadi, sekiranya mereka lakukan perkara itu (mogok), ia satu perbuatan yang tidak praktikal sebagai seorang doktor,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi utama Pusat Rawatan Harian HRPZ II di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI