PENGANJUR Sukan Olimpik Tokyo 2020 menegaskan mereka terpaksa menangguhkan dua acara iaitu sukan memanah dan mendayung berikutan ancaman ribut Taufan Nepartak.
Jurucakap jawatankuasa penganjur, Takaya Masa menegaskan pihaknya telah mengambil langkah keselamatan yang ditetapkan untuk menghadapi sebarang ancaman terutama melibatkan semua atlet yang bersaing di Olimpik.
Bagaimanapun, Masa menegaskan ketika ini hanya dua acara tersebut sahaj ditangguhkan dan acara-acara lain yang berlangsung esok akan dijalankan seperti biasa .
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, Taufan Nepartak diramal membadai utara Jepun esok dan membawa ancaman angin kencang serta hujan lebat.
“Anda tidak perlu bimbang dengan ribut ini. Buat masa ini tidak sebarang perancangan untuk mengubah jadual bagi acara lain yang berlangsung esok (selesa),” kata Masa.
Acara sukan memanah yang ditangguhkan tersebut akan bersambung semula pada 28 dan 29 Julai nanti. – AGENSI