fbpx

Svitolina mara, Swiatek ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SVITOLINA mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga temasya Sukan Olimpik 2020 selepas menewaskan wakil Australia, Ajla Tomljanovic sebentar tadi. - AFP

TOKYO – Pemain pilihan ke-4, Elina Svitolina terpaksa berpeluh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga temasya Sukan Olimpik 2020 selepas menewaskan wakil Australia, Ajla Tomljanovic sebentar tadi.

Pada aksi pusingan kedua di Pusat Tenis Ariake itu, Svitolina diajak bertarung selama tiga set sebelu dapat menyingkirkan Tomljanovic dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-4.

Svitolina yang mewakili kontinjen Ukraine dijadualkan berdepan dengan atlet dari Greece, Maria Sakkari pada aksi pusingan ketiga esok.

Sementara itu, atlet tenis sensasi Poland, Iga Swiatek tersingkir seawal pusingan kedua apabila tewas kepada jaguh Sepanyol, Paula Badosa dengan kekalahan straight set 3-6, 6-7.

Badosa yang berjaya menewaskan pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty semalam meneruskan momentum cemerlang untuk menempah tiket ke pusingan ketiga esok.

Badosa yang menduduki ranking ke-33 dunia. dijadualkan bertemu pemain bukan pilihan dari Argentina, Nadia Podoroska. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI