fbpx

Penduduk PKPD mengadu barang basah mahal, terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (kiri) ketika menghantar sumbangan setan sayur-sayuran, 200 kilogram ikan sembilang dan lampin pakai buang di di Pos Kawalan PKPD Taman Chembong Utama, di sini, tadi.

REMBAU – Kesukaran untuk mendapatkan barangan basah yang murah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) empat lokaliti di sini mendorong badan bukan kerajaan (NGO) menyumbang bekalan berkenaan.

Pengasas Pertubuhan Amal Anak Rembau (PAAR), Zaiton Othman berkata, dia menerima banyak mesej di media sosialnya dan juga aplikasi WhatsApp membabitkan penduduk di kawasan PKPD yang memohon bantuan makanan basah dan kering.

Malah menurutnya, banyak barangan yang dijual di premis di kawasan PKPD berkenaan telah kehabisan, selain pergerakan penduduk terhad.

“Jadi hari ini menggunakan dana PAAR, kita salurkan sebanyak satu tan sayur-sayuran kangkung dan bayam serta 200 kilogram ikan sembilang.

“Bantuan ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dengan bantuan barangan basah seperti ayam pula kerana ada penduduk yang mengadu barangan basah seperti ini dalam kawasan PKPD agak mahal,” katanya ketika ditemui sempena sumbangan berkenaan di Pos Kawalan PKPD Taman Chembong Utama di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI