fbpx

Micheal Ang selar ‘bimbo’ jangan tunjuk bodoh, Rita mencelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUAHAN Michael tentang sikap individu yang digelar 'bimbo' mendapat respons Rita Rudaini dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah, Michael Ang yang terkenal dengan mulut lantang kembali menyelar tindakan individu yang suka menyebarkan aura negatif menerusi perkongsian media sosial sehingga menunjukkan kebodohan sendiri.

Katanya, lebih baik berdiam diri daripada menambahkan lagi kekalutan ketika seluruh negara sedang berjuang melawan pandemik Covid-19.

“Kepada bimbo sedunia di luar sana, kalau tiada benda cerdik nak disampaikan sila duduk diam-diam dan jangan tunjuk kebodohan itu pada satu dunia.

“Malaysia sudah cukup parah, tak payah nak menambahkan lagi. Buatlah kebajikan atau bagi kata positif,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Biarpun tidak menyebut nama ‘si bimbo’ yang dimaksudkan, ramai meneka status berkenaan ditujukan kepada seorang pelakon wanita yang lantang menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Menerusi hantaran di InstaStory aktres itu menyatakan rakyat Malaysia telah terpedaya dengan ‘lakonan’ Noor Hisham menerusi karakter yang dipamerkan, wajah sedih dan selalu kepenatan.

Malah pelakon tersebut dalam perkongsian sama meminta figura dihormati ramai itu berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia dengan situasi Covid-19 negara.

Sementara itu, pengarah drama Marry Me Senorita turut menegaskan teguran dibuat adalah sebagai pengajaran kepada orang lain supaya lebih bijak menggunakan platform media sosial.

Michael dalam hantaran lain secara sinis mengatakan seorang yang dilahirkan ‘bimb’o atau wanita cantik tetapi kurang bijak akan terus kekal dalam keadaan sama biarpun sudah berkahwin dengan bangsa asing.

Menerusi hantaran lain, dia juga mengecam tindakan segelintir individu yang tiada langsung rasa hormat terhadap petugas barisan hadapan sehingga sanggup menghina dan memperkecilkan mereka.

Sutradara itu turut meminta kelompok yang enggan mengambil vaksin Covid-19 tidak menakut-nakutkan orang lain dengan dakyah masing-masing.

“Pakai otak sikit. Kau tak nak ambil vaksin itu hak kamu semua, tiada siapa paksa. Tapi tak payah nak menakut-nakutkan orang yang mahu ambil vaksin.

“Saya rasa belum ada lagi kerajaan atau orang yang sudah vaksin paksa orang yang tak nak pergi vaksin. Tapi kita yang sudah vaksin punya hak sama ada mahu bekerja atau bergaul dengan orang yang belum vaksin,” tegasnya.

Sementara itu, kenyataan Lana yang cuba menjatuhkan Noor Hisham bagaimanapun dipertahankan seorang pelakon popular, Rita Rudaini yang selama ini dilihat kerap menimbulkan persoalan tentang vaksinasi Covid-19.

Selain bersetuju dengan pendapat Lana, ibu tunggal dua anak itu turut menyiarkan semula tangkap layar status Michael Ang dengan satu kenyataan berbaur sindiran sambil menyifat pengarah mualaf itu sebagai individu yang masuk campur dalam setiap perkara seolah-olah serba sempurna.

Barangkali terkena tempias sama, Rita turut mengingatkan Michael agar sentiasa tahu kedudukan dan menyedari doa orang yang disindir pengarah itu pasti ada balasan dari Allah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI