fbpx

Lima termasuk jurutera daerah direman bantu kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima individu termasuk seorang jurutera daerah direman bagi membantu dakwaan menerima rasuah daripada kontraktor dibawah seliaan mereka.

JOHOR BAHRU – Enam individu termasuk seorang jurutera daerah, dua penolong jurutera dari sebuah agensi kerajaan pusat di negeri ini ditahan reman selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor-kontraktor di daerah yang dikawal selia mereka.

Lima suspek lelaki dikenakan tahanan reman selama tujuh hari manakala seorang suspek wanita yang merupakan penolong jurutera dikenakan reman selama lima hari.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar, Faridatul Farrah Mohd. Shukri selepas permohonannya dibuat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Firdaus Hashim.

Keenam-enam suspek yang berusia antara 31 hingga 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 8.30 pagi sambil diiringi peguam, Adahikmah Abu Bakar.

Permohonan reman berkenaan dibuat bagi membolehkan kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika disabit kesalahan, kesemua mereka boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI