fbpx

Lelaki bergelang Covid-19 ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba yang memakai PPE mengangkat mayat yang memakai gelang Covid-19 itu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Banggol Cempedak di sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki yang memakai gelang kuarantin Covid-19 di Sungai Terengganu berhampiran sebuah pusat penyedutan pasir di sini hari ini.

Mayat tanpa indentiti dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari tebing Sungai Terengganu pada pukul 2.37 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah bot.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, satu mayat lelaki ditemui terapung dalam keadaan meniarap dan terangkut pada sebatang paip penyeludupan pasir.

“Keadaan mayat itu sudah kembung dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira dua hari lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Jelas beliau, salah satu tangan mayat tersebut juga didapati memakai gelang berwarna putih berkaitan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau berkata, anggota bomba bertugas telah mengambil langkah-langkah mengelak penularan Covid-19 seperti memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

“Mayat berkenaan telah dibawa ke tebing sungai sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI