fbpx

‘Kuatkan semangat, anak-anak perlukan kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezad masih terlantar di hospital disebabkan penyakit gastrik kronik yang dialaminya.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Ezad Lazim iaitu Zeana memohon orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya yang kini masih terlantar dan menerima rawatan di hospital akibat gastrik kronik yang dialaminya.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram, Zeana turut meminta sesiapa sahaja untuk tidak segan silu bertanya khabar tentang keadaan mereka berdua lebih-lebih lagi suaminya.

“I love you (saya cintakan awak) . Kuatkan semangat, anak-anak perlukan kita. Sikit lagi sihatlah”.

“Semoga saya juga tabah, tahun ini dugaan kami macam ni pula. Cuma tanyalah khabar kami, sebab saya ni jenis segan nak minta tolong orang,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Zeana turut berkongsi mengenai dugaan berat yang menimpa keluarga kecilnya dalam situasi dihimpit pandemik ketika ini.

“Cepatlah sihat. Nanti dengan siapa saya nak bergaduh. Saya nak bekerja dan cari rezeki. Tanggungjawab rasa beratnya. Dengan anak kelas dalam talian. Saya nak buat apa-apa semuanya terbatas.

“Mereka memerlukan saya. Hakikatnya, saya juga perlukan bahu orang juga. Sekarang, adik beradik pun tak dapat melawat tapi sekurang-kurangnya, semangat itu ada kan,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan Ezad serta meminta mereka sekeluarga menerima ujian Allah.

“Cepat sembuh sahabatku, semoga tabah dan kami doakan Allah permudahkan segala urusan serta sihat seperti sedia kala.

“Lama tak dengar khabar abang Ezad. Semoga cepat sembuh ya. Banyakkan rehat ya,” tulis netizen.

Terdahulu, Ezad yang merupakan bekas vokalis kumpulan Exist dikejarkan ke hospital selepas diserang gastrik kronik dan selamat menjalani pembedahan 22 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI