fbpx

KPDNHEP arah MyCC kaji perkhidmatan penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menjalankan kajian terperinci berkenaan perkhidmatan penghantar makanan serta caj-caj berkaitan.

KPDNHEP menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, MyCC sedang mengawasi dan menilai sama ada isu berkenaan bertentangan atau tidak dengan Akta Persaingan 2010.

Menurutnya, MyCC dan KPDNHEP telah bertemu dengan pihak-pihak berkaitan termasuk pemain industri makanan dan minuman runcit untuk memahami isu-isu yang dibangkitkan.

“Berdasarkan beberapa siri pertemuan lalu, MYCC mendapati wujud beberapa masalah dalam industri dan ia bukan sahaja terhad kepada persaingan, tetapi juga kepenggunaan.

“Sesi libat urus dengan penyedia platform penghantar makanan juga dan pengusaha restoran akan dilakukan bagi mendapat kos yang terlibat dan bagaimana kos itu dicaj kepada pengguna,” katanya.

Katanya, MyCC juga akan menjalankan kajian terhadap perkhidmatan mereka serta mutunya, pengenaan yuran komisen dan harga makanan dan minuman (F&B) yang terlalu tinggi di platform berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI