fbpx

Khairulnizam tekad baiki kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRULNIZAM masih mempunyai peluang memperbaiki kedudukan kerana perlumbaan masih berbaki tujuh pusingan untuk layak ke acara Medal Race pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

PELAYAR berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd. Afendy dilihat perlu bekerja keras dalam baki tujuh pusingan acara laser radial lelaki pada Sukan Olimpik selepas menduduki tangga ke-27 daripada 35 pelayar keseluruhan.

Atlet berpengalaman negara itu memulakan pelayaran dengan cukup positif pada perlumbaan kedua apabila berjaya menempatkan diri dalam kedudukan ke-14 terbaik.

Bagaimanapun, pada perlumbaan ketiga, Khairulnizam dilihat berdepan tentangan hebat dan sukar meneruskan momentum terbaiknya sekali gus berada di kedudukan ke-28 keseluruhan. 

“Saya telah melakukan yang terbaik pada tiga perlumbaan ini, namun penamat tidak berakhir dengan baik. Mungkin saya buat beberapa kesilapan yang saya tidak sedar pada perlumbaan tersebut.

“Saya cuba kurangkan kesilapan dan lebih fokus dalam bacaan angin. Masih ada tujuh pusingan dan saya akan cuba perbaiki kedudukan keseluruhan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Khairulnizam masih mempunyai peluang untuk perbaiki kedudukan itu kerana perlumbaan masih berbaki tujuh pusingan dan pelayar berusia 28 tahun tersebut perlu menduduki sekurang-kurangnya ranking ke-10 pelayar terbaik jika ingin melayakkan diri ke acara Medal Race.

Pelayar Finland, Kaarle Tapper berada di ranking teratas, manakala Tonci Stipanovic (Croatia) di kedudukan kedua diikuti pelayar dari Cyprus, Pavlos Kontides mengekalkan keputusan konsisten berada di tempat ketiga teratas berturut-turut. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI