fbpx

‘Kerajaan tak sempurna, tapi tidak berpeluk tubuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengakui kerajaan yang dipimpinnya ketika ini adalah tidak sempurna, namun sentiasa berusaha keras untuk memastikan rakyat tidak terus menderita ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut Muhyiddin, rakyat kini dalam keadaan resah dan bimbang ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-10.

“Bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin dengan percepatkan proses vaksinasi dan Malaysia merupakan antara negara yang terpantas dalam proses vaksinasi.

“Memang benar, kerajaan ini tidak sempurna, tapi apa yang benar, kerajaan tidak berpeluk tubuh dan membiarkan rakyat menderita. Kerajaan sentiasa bergerak dan bertindak untuk menjaga kesihatan dan nyawa rakyat,” katanya ketika memberi penerangan berhubung Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru kata beliau, apa yang penting ketika ini adalah semua pihak perlu bersolidariti dan jangan berbalah serta menuding jari. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI