TUAH nyata tidak menyebelahi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tewas 13-21, 19-21 kepada pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi Kumpulan D Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
Pada pertemuan yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza, Ahsan-Setiawan nyata sukar digugat apabila menampilkan aksi cukup mantap dalam kedua-dua set permainan.
Hasil kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik kini berada pada kedudukan ketiga kumpulan di belakang beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae sementara Ahsan-Setiawan unggul sebagai pendahulu.
Justeru, beregu negara tidak memiliki jalan lain selain mencatat kemenangan ke atas gandingan Kanada, Jason Ho Shue-Nyl Yakura esok sekiranya mahu memastikan tempat ke suku akhir. – K! ONLINE