fbpx

Jantung Siti Sarah hampir gugur pembantu rumah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah terkejut apabila pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – Jantung penyanyi Siti Sarah bagaikan hendak gugur apabila mengetahui pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sarah, 37, meluahkan rasa bimbang memikirkan anak-anak serta bayi dalam kandungannya jika dia dan keluarganya turut dijangkiti virus maut tersebut.

“Jantung ini macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah selain risau anak-anak dan bayi dalam perut ini,” katanya.

Ujar pelantun lagu Kesetiaan itu lagi, lebih membuatkan dia bimbang apabila ketiga-tiga anaknya kini sedang demam sekali gus membuatkan dirinya gusar memikirkan nasib yang bakal dilaluinya nanti.

“Ya-Allah berderau darah. Macam-macam benda saya fikir kalaulah saya dan suami (Shuib) positif, bagaimana dengan anak-anak?

“Kalau anak-anak juga positif, siapa yang nak jaga mereka dekat pusat kuarantin nanti? Minta dijauhkan yaAllah,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah turut berkongsi video dia sekluarga sedang melakukan ujian calitan Covid-19 di rumah oleh petugas kesihatan.

“Kami satu keluarga baru sahaja buat ujian calitan. Harap-harap tidak ada apa-apa. Saya kena kuat sebab bayi sudah masuk usia tujuh bulan. Doakan saya sekeluarga ya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI