GEORGE TOWN – Kira-kira 30 doktor kontrak di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini mengadakan hartal di pekarangan hospital itu hari ini.
Kumpulan berbaju hitam itu kelihatan berada di lobi HPP secara berperingkat kira-kira pukul 11 pagi sebelum mereka bergerak menuju ke pintu masuk unit kecemasan sebagai tanda tunjuk perasaan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Hartal itu mengambil masa kurang 10 minit.
Menurut seorang doktor kontrak, Dr. Zakiah Hanim Zakaria, 29, hartal yang disertainya itu tidak mengganggu tugas hakiki para doktor kontrak pada hari ini.
Katanya, mereka yang menyertai hartal itu berada di luar waktu tugas, dan para doktor kontrak tidak sesekali akan menyebabkan nyawa pesakit terancam.
“Kita nak jaga rakyat Malaysia dengan menjaga pasukan barisan hadapan, jadi bagaimana pasukan doktor ini mahu menjaga rakyat sekiranya kebajikan mereka juga tidak terbela,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929